Monday, 25 May 2015

Doraemon

Masa kecik-kecik dulu selalu kena marah dengan mak sebab liat nak pergi mengaji malam kalau hari sabtu. Hari sabtu kan ada cerita shin chan dengan doraemon. Sanggup buat-buat sakit perut lepas tu senyap-senyap duk depan tv haha.


Doraemon asalnya warna kuning. Ada tikus gigit telinga dia sampai putus. Lepas tu dia nangis sampai tak henti-henti, berendam dalam air mata sampai badan dia jadi warna biru. Boleh tahan ciwek doraemon ni.

Dalam cerita doraemon, abad 21 dah ada kereta terbang, mesin masa bagai. Tapi yang ada sekarang ni dubsmash je. Cehh semangat aku nak tunggu besar sebab nak naik kereta terbang tau.

Student aku ramai yang perangai macam Giant, makanya aku berguru dengan cikgu nobita yang garang ni.


Sampai sekarang aku hafal lirik lagu doraemon yang dalam bahasa melayu. Betul ke tak entah haha


LAGU DORAEMON VERSI MELAYU (lirik yang ada dalam otak)

Pada suatu hari,
Di bilik Nobita belajar,
Ada seekor makhluk berwarna biru tua,
Badannya bulat-bulat,
Dia suka makan donut,
Bila si tikus datang, dia pun melompat...

Nobita ketawa,
Dia rasa malu.
"Aii malunya saya..."
Ang ang ang
Robot itu bernama...Doraemonnnnnn




p/s: malas nak menanda kertas ujian 

Saturday, 26 July 2014

K-Drama, J-Drama, err.. M-Drama? Part 1

Ramai yang dah sedia maklum aku memang suka tengok drama korea. Sampai rakan-rakan sekerja pun panggil aku kpop, kepop, kepok dan seangkatan dengannya. Dah memang realitinya aku suka tengok drama korea.

Aku ada dua hard disk 1TB dan satu hard disk berapa ratus GB ntah. Ketiga-tiga hard disk aku ni dipenuhi dengan drama korea. Setakat ni dah lebih 100 drama yang aku simpan.

Masa belajar dulu aku rajin burn dalam DVD. Hampir 100 keping jugak aku kumpul. Terbukti aku ni memang membuang masa dengan tengok cerita-cerita fantasi ni. Cerita melayu aku tengok kadang-kadang. Bukannya apa, aku rasa cerita melayu ni lebih kurang je. Kalau time tu cerita mat rempit tengah meletup, berderet-deret cerita lepas tu pasal mat rempit je. kalau cerita hantu tengah top, memang hantu je lah semua kat panggung. 

Sekarang ni cerita kawin kontrak pulak. Balik-balik cerita yang sama. Kawin - tak suka - tidur asing-asing - gaduh - nak cerai - jeles tengok laki/bini dengan orang lain - jatuh cinta dengan laki/bini sendiri - mak mertua tak suka pulak - tetiba happy ending. Sampai naik muak tengok jalan cerita sama.

Sebab tu aku suka tengok K-drama (korea), dengan J-drama (jepun). Drama depa banyak variasi dan banyak moral of the story. Lagi-lagi drama jepun, banyak cerita pasal kekeluargaan. Suka buat aku nangis tau. huhuu

Sekarang aku nak senaraikan drama-drama yang aku suka.


1 - Rooftop Prince (K-drama)


Ada Yoochun weh. Serius cerita ni lawak gila. Satu-satunya drama maharaja pakai baju sukan. Drama ni memang tak logik langsung tapi dia buat macam cerita ni real. Watak jahat dalam cerita tu memang buat aku rasa macam nak hempuk laptop. 


2 - Maou (J-drama)


Ni drama 2008. Pasal nak lawyer nak balas dendam kat detektif. Ada Ohno Satoshi dengan Ikuta Toma. Heroin dia comel. Tengok drama ni memang rasa emo memanjang sebab dia dedahkan rahsia satu persatu. Banyak moral aku dapat dari cerita ni.


3 - You're Beautiful (K-drama)



Cerita perempuan berlakon jadi lelaki. Semua pelakon best-best. Lawa dan hensem belaka. Jepun dengan Taiwan pun dah remake drama ni. Ikemen Desu Ne (Jdrama), Fabulous boys (Tdrama). Tapi versi korea paling best. Gelak memanjang tengok cerita ni.



4 - Galileo (J-drama)


Cerita pasal Prof selesaikan kes jenayah guna sains. Segala jenis prinsip dia guna. Tengok dan belajar. Pelajar fizik patut tengok drama ni. Dah ada season 2.


5 - Autumn in My Heart (K-drama)


Drama korea pertama yang aku suka. Sebab drama ni la aku minat korea. Sebab drama ni jugak la aku lari dari asrama. Won Bin hensem!! First love sebelum aku suka Jaejoong. Yang nak tengok drama ni disarankan sediakan sekotak tisu. Sedih sampai tahap meleleh-leleh.


6 - Iryu ~ Team Medical Dragon (J-drama)


Medical drama paling best yang pernah aku tengok. Sekarang dah season 4. Operation dalam drama ni memang nampak real. Pasal politik kotor dalam hospital. Semangat doktor tu nak selamat pesakit yang buat aku minat gila drama ni. 


7 - Full House (K-drama)


Siapa yang cakap minat drama korea tapi tak tengok cerita ni boleh blah. Cerita legend ni. Filipina, Vietnam, Thailand dah remake drama ni. Cerita ni buat aku rasa nak kawin kontrak jugak. haha. Jadi aku bagi 100 markah!



...End of part 1



p/s: nanti aku sambung part 2. Nak balik kampung ni. wooo wooo ooo balik kampung~ Selamat hari raya!!

Friday, 18 July 2014

#PrayForMH17

satu lagi berita sedih buat kita semua.
berat kita nak menerima semua ni, berat lagi keluarga dan kawan-kawan mangsa yang terlibat.
semoga tabah.



Al-fatihah




p/s: jangan buat sebarkan berita-berita yang tidak sahih. fikirkan tentang perasaan keluarga mereka.

Sunday, 13 July 2014

Gottfried Leibniz

dia ialah seorang lelaki.

yang tidak aku kenali.

namanya juga aku ambil dari wikipedia sahaja.

siapakah dia?

dia orang yang memperkenalkan binary number system.

apakah itu binary number system?

sejujurnya aku pun tak tahu. berulang kali aku baca, pun masih tak faham.

dulu pernah belajar pasal binary ni. langsung tak ingat apa-apa.

yang aku tahu dia guna nombor 0 dan 1 sahaja.

dalam arimethic pun pernah belajar binary ni. tapi tak ingat jugak. hahaha.

kesian lecturer aku. penat dia terangkan, anak murid yang sorang ni tak faham-faham jugak.

entah macam mana aku boleh lulus paper tu dulu. ajaib kan.

dalam filem Wanted pun dia guna binary.

pening tengok mereka baca binary.

tapi sekarang dah senang. ada binary converter.

copy paste kat situ je. lepas tu boleh la main hantar-hantar secret message. hihi

klik link di bawah

Binary Converter

dan masukkan mesej rahsia dari aku ni

01001010011000010110010101101010011011110110111101101110011001110010000001101101011001010110110101100001011011100110011100100000011010000110010101101110011100110110010101101101

selamat mencuba


Kalau rajin boleh la convert yang ni.



p/s: mesej rahsia yang bukan lagi rahsia

Monday, 30 June 2014

m i s s

Empat tahun yang lepas, ada kucing ni. 
Kucing ni comot, pendiam, muka garang tak mesra alam langsung. 
Oleh sebab kucing ni macam agak terpinggir, semua orang taknak main dengan dia.
Pada masa yang sama aku juga rasa terpinggir mungkin kerana aku pendatang baru.
Jadi kucing ni la aku jadikan peneman. 
Dari dia comot, aku bersihkan. 
Dari pendiam, jadi makin ramah dan makin seronok bermain bersama. 
Lama kelamaan, kucing ni makin ceria. 
Orang mula nampak kucing ni sebenarnya comel dan jinak.
Makin ramai yang yang nak main dengan kucing ni. 
Aku tak kisah sebab kucing pun perlukan kawan yang ramai.
Tetapi makin lama kucing ni makin jauh dari aku. 
Dari tersisih, aku ada kawan dan kemudian tersisih lagi sekali.
Parut yang lama belum hilang, muncul pula luka yang baru.
Jauh di sudut hati aku tahu kucing itu pun rasa bersalah. 
Aku tahu bukan niat dia nak lari. Keadaan yang buat dia jadi macam tu.
Kini, dah dua tahun kucing tu pergi melebarkan sayap ke tempat lain.
Mungkin juga pergi membawa diri.


i m i s s y o u a l o t


p/s: i hope you doing fine. 

Love Hate

marilah meluangkan masa selama lima minit untuk menyenaraikan BENDA-BENDA disukai dan yang tidak disukai

L O V E

Coffee
Korean drama
Mint flavor 
Free internet
Cartoons


H A T E

Durian
Durian
Durian
Durian
Durian




p/s: Selamat berpuasa

Sunday, 18 May 2014

Rant about SMent, JYJ and Kris.

Tahukah anda apakah aktiviti kegemaran anak-anak muda di seoul?


Inilah aktiviti kegemaran mereka. Kenapa mereka berada disini? Adakah kerana di sini terdapat makanan yang sedap lagi melazatkan? Tett! Salah. 
Mari kita tengok bangunan ini dengan lebih dekat.



Dari pandangan hadapan. Bangunan apakah ini? ini adalah bangunan SM entertainment. 
Dan kenapa mereka lepak disini? Kerana di dalam ini terdapat ramai idol yang kacak, cantik dan comel. 
Antaranya ialah:



TVXQ
my dongseng changmin and leader yunho. dulu mereka berlima. sekarang berdua sahaja :(


Super Junior
Dipenuhi dengan jejaka yang beraneka pilihan.


Girls Generation
Sembilan gadis yang lawa-lawa belaka. Menangis nak dapatkan kaki macam dorang ni. 


SHINee
Lima jejaka lolipop.


f(x)
Empat gadis dan seorang yang tak berapa nak gadis.



Dan yang terbaru EXO
 Dua belas budak-budak sekolah yang menjadi igauan gadis-gadis diseluruh tak kira siang mahupun malam.


Kerana nak tengok idol yang kacak dan cantik inilah, ramai peminat sanggup tunggu berjam-jam di luar bangunan yang tak berapa nak lawa tu.
Walaupun bangunan ini dipenuhi dengan idol yang bervisual fantasi, syarikat ini telah dinobatkan sebagai syarikat paling teruk di korea. Bukti?


Memang dari dulu lagi ramai yang tak suka SMent. Sebab company ni terlampau mengongkong artis mereka. Schedule mereka terlampau pack. Dah la kena praktis menari lagi. Tengok je la tarian EXO yang almost perfect tu. Nak dapatkan hasil macam tu mesti la kena berlatih gila-gila punya. Tambah pula mereka ni selalu kena pergi luar negara. Show sana sini. Pendek kata memang pack gila. Tapi itulah buktinya mereka famous. Ye idak?

Tapi nak jadi company yang baik, kena la jaga kebajikan artis dia jugak. Sebab mereka tu pun manusia jugak. ada keluarga dan kawan-kawan. Bukan hidup semata-mata nak hiburkan hati peminat.

Ada artis mereka yang cuba berlawan. Termasuklah buah hati aku Jaejoong tu. Dulu dia group TVXQ a.k.a DongBangShinKi. 

saat-saat bahagia mereka bersama.


Julai 2009 - bermulalah mimpi ngeri bagi Cassiopeia seluruh dunia. Termasuklah aku. Lawsuit, court dan sebagainya. Tiba-tiba je aku terer terms law masa tu. 
Jaejoong, Yoochun dan Junsu tak berpuas hati dengan contract mereka yang terlampau lama, schedule terlalu penuh dan bayaran yang dorang dapat sangatlah ciput. 
Masa mula-mula dengar kes ni, memang tak percaya langsung. Bayangkan idol yang selama ini kita minat tiba-tiba nak berpecah. Aku sampai ponteng kuliah sebab terlampau sedih (mata bengkak malu nak masuk kelas).

Tweet di atas ni ada benarnya jugak. Aku ambil masa lebih dua tahun nak sampai ke stage 5 - acceptance. sekarang aku memang dah boleh terima yang JYJ dah berpisah dengan TVXQ. Berpisah secara fizikal je. tapi secara emosinya, aku yakin mereka masih ingat antara satu sama lain. uhukkk...

Lima bulan lepas tu, Hangeng ahli Super Junior pulak yang filing lawsuit. 

Dan dua hari yang lepas kecoh pula pasal Kris. Sejarah berulang kembali.
Sebab musababnya aku pun tak pasti, 
Banyak sangat spekulasi, 
Tapi yang pasti,
SMent sila pergi mati.

Macam pantun pulak ye. haha. Walaupun SMent ni syarikat yang teruk, pengaruh dia dalam industri sangat kuat. Sampai sekarang JYJ tak boleh keluar kat mana-mana music show. Tapi peminat tetap setia di samping mereka. 

Jaejoong dah jadi usahawan berjaya. ada coffee shop, restaurant dengan brand sendiri (moldir). Namun begitu dia masih seorang penyanyi dan pelakon yang hensem.

Yoochun dah jadi pelakon yang berkaliber. Drama dia semuanya tip top.

Junsu tak habis-habis dengan musical. dia bina hotel dekat jeju island. giloss.

Sekarang masing-masing dah kaya raya walaupun tak dapat keluar TV.

 Jaejoong  - Lamborghini. Kereta sehensem tuannya


Junsu - Lamborghini Aventador. Jangan main-main. Kereta Batman ni. Aku sarankan Liam beli kereta ni.


 Yoochun - Ferrari California. Siap dengan nombor plat 6002. 


Private yacht pun yoochun ada jugak. Ni memang betul-betul kaya raya.


Panjang berjela-jela aku mengarut. Jadi kepada retis-retis SMent, kalau nak kaya, cepat-cepat la tinggalkan company cekik darah tu. Join C-Jes ke YG ke. Dijamin dapat beli super car sebijik.



p/s: kepada peminat EXO, tabahkan hati dan perasaan. unnie dah lalui semua tu dulu. memang pahit tapi terpaksa terima juga. :')