Monday, 24 December 2012

selsun blue dan tangan

dah lama aku tak jenguk diari maya aku ni.. dah berabuk rupanya.. iskiskiskkk.. pemalas betul ko nihh..

kali ni aku nak share story yang jadi kat aku masa zaman belajor dulu. ada la dalam 5-6 thn yang lepas. perghh.. lama tu. tapi masih segar dalam ingatan ku ini.. heheee..

masa aku sem dua kat uni dulu, tiba-tiba tangan aku ni ada masalah kulit. dari siku sampai ke pergelangan tangan naik ruam-ruam merah. kiri dan kanan. mula-mula aku ingatkan masalah ni kejap je la.. tapi dah lebih seminggu ruam tu tak hilang. aku mula runsing.. yelah.. tangan kan.. aku pun mula la pakai arm socks nak sembunyikan bijik-bijik kat tangan aku ni. isk! teruk-teruk.. patutnya pakai arm socks nak tutup aurat. jahilnya aku time tu.. 

comei tak? tapi yang aku pakai bukan macam ni. 
aku punya yang kaler hitam RM 4.90 je sepasang. 


berbalik ke cerita tadi.. dengan menggunakan kupon klinik FREE, aku pun g la ke klinik untuk jumpa doktor. kupon ni semua students dapat. kalau guna kupon ni kat klinik panel tertentu, kita tak kena bayar apa-apa kat klinik tu. setiap sem dapa dua ke empat kupon ntah. aku pun dah tak ingat. maklum la dah lama kan...

ok.ok. aku pun jumpa doktor free tu. dia bagi aku ubat makan dan sapu. kononnya dalam dua minggu hilang la ruam-ruam tu. aku pun makan dan sapu la ubat yang dia bagi tu dengan harapan tangan aku akan kembali seperti biasa dan tak perlu pakai arm socks lagi. oleh sebab alasan aku sangat jahat, lepas dua minggu tangan aku tak jugak baik. jadi makin gatal ada la. tu la jahat lagi.

lepas tu baru la aku mengadu kat mak aku. dan mak aku mintak tolong dari bapa sedara aku yang tingga dekat-dekat dengan tempat belajor aku tu. lepas tu dia pun bawak aku g klinik yang lain pulak (bukan klinik free tadi) kali ni doktor melayu pulak. yang tadi tu doktor india. aku pun dah tak ingat nama dia. huhuu

doktor tu belek-belek la tangan aku. dia tanya aku pakai sabun mandi apa. aku cakap la guna sabun campur-campur je. bwahahaaa.. ye la, cilok housemate punya kan. haha. dia cakap aku ni kena alergik air. lepas ni kena tukar sabun mandi pakai dettol @ protect pulak. dia bagi aku ubat makan. sebelum aku keluar, dia ada pesan dekat aku supaya g farmasi depan klinik dia tu dan beli shampoo selsun blue. what? selsun blue? tak aku dengar nama tu. 

doktor tu suruh aku beli selsun blue yang tudung kaler hijau. shampoo tu sangat bagus untuk hilangkan dandruff. ape pulak perkaitan kulit dengan kualamomoor ni? memang aku tak paham. lepas aku buat muka blur ala-ala terkejut, baru la  doktor tu cerita. "nanti u guna syampu tu atas kepala. then ambil buih-buih dari rambut dan sapu kat dua-dua belah tangan. sebab kalau sapu direct lain pulak jadinya" 

baru aku paham. aku pun beli la shampoo tu dan pakai macam mana yang doktor tu suruh.

ni la rupa shampoo tu. aku guna yang tudung ijau tu.


alhamdulillah lepas seminggu guna selsun blue tudung ijau tu, ruam-ruam kat tangan aku pun hilang. dan tangan aku menjadi seperti tangan aku semula.


lepas tu terus aku tak pakai arm socks aku yang sepasang RM 4.90 tu.. hwahahaha.. jahat tak? jahat tak?


hilang je ruam-ruam tu, aku dah tak pakai dah selsun blue tu. botol tu ada lagi dalam bilik air kat rumah aku. xde sape pun yang berani pakai. tak tau la sebab apa. 

budak ni sakit ke gatal?

lepas 6 tahun, muncul pulak masalah lain.. kepala aku pulak gatal-gatal. baru la aku terhegeh-hegeh g kedai cari selsun blue. kali ni aku guna yang tudung merah pula. harap-harap lepas ni gatal-gatal kepala ni hilang. tak mau dah jahat macam dulu... :((



p/s: moral of the story, jangan guna kupon free untuk g klinik. dan jangan niat jahat macam aku.

Sunday, 15 July 2012

Negatif + Positif = Neutral

semenjak dua menjak ni, aku asyik pikir negatif je.. apa nak jadi dgn aku ni ye.. kalau boleh apa yang orang cakap semua aku nak bantah. 


si A update status fesbuk  - 'penantian adalah satu penyiksaan dan akan bertukar menjadi penderitaan apabila yang dinantikan tak menjadi'
aku - kalau ko tak nak menderita, jangan la menanti bengal!.


si B - adakah aku tak layak merasai kebahagiaan? 
aku - selagi ko tak rasa bahagia, selagi tu la ko tak layak.


si C - lelaki cemburu tanda sayang, lelaki merajuk tanda nak perhatian
aku - lelaki cemburu tu tak macho, lelaki merajuk tu mengada-ngada mengalahkan budak kecik.


aku dah cuba nak jadi positif tapi cas negatif aku ni kuat sangat la. kalau tak boleh jadi positif sekali pun, dapat jadi neutral je pun jadilah... harap-harap dalam ramadhan yang mulia ni cas positif aku tu muncul membuak-buak.. kalau tak, bertambah-tambah la dosa aku. adehh...
 

positive...come to me... 


p/s: puasa tinggal 6 hari je lagi ni.. dah abis ganti puasa lum? XD

Tuesday, 26 June 2012

Nisbah lelaki dan wanita..

Aku 'ter'baca satu status kat sebuah laman sosial.. bunyinya macam ni:


"saya nak kawen tapi takde org nak kan saya"



oh! dan yes! status ni dari seorang wanita.. status budak ni (aku panggil dia ni budak la sebab belum kawin kan.. walaupun..aku pun belum kawin jugak) buat aku pikir.. perlu ke kawin?


bilangan wanita kat atas bumi ni lagi ramai nak dibandingkan dengan lelaki.. jadi kiranya lelaki ni limited edition la kan.. dan secara logiknya, perempuan la yang patut berebutkan @ tekel lelaki. maklumlah lelaki kan sikit. tapi apa yang jadi sekarang ni terbalik la pulak.. lelaki yang beriya-iya nak rebutkan perempuan. siap bergaduh, bertumbuk, menyepak. putus kawan, gores-gores kereta dan macam-macam lagi la. perempuan pulak duduk je diam2 tunggu orang datang masuk meminang. ade ke patut macam tu?


lets imagine macam ni.. ANDAINYA semua lelaki kat atas bumi ni dah kawin dan dah ada pasangan masing-masing, mesti akan ada perempuan yang tak ada pasangan kan. hurm.. jadi elok kah kiranya aku memilih untuk menjadi wanita yang takde pasangan tu?? so, tak payah la aku nak bersusah payah cari lelaki kan.. ye kan? XD 


dan berbalik kepada status budak di atas, ko nak kawin kan? cari la jalan.. takkan nak tunggu dalam rumah sampai ada lelaki datang ketuk pintu rumah bawak tepak sirih masuk minang je kot.. usaha tu kena ada jugak beb. kalau sama-sama (lelaki dan perempuan) mencari baru la cepat jumpa.. sepakat kan membawa berkat. :)



ingat cakap Ustaz.. Jodoh dah ditetapkan sejak usia kita 4 bulan dalam perut ibu
jadi, jangan risau la yerr :)




p/s: sewaktu aku menulis ni, aku sikit pun xde perasaan nak kawin. maybe later :) 
semoga Allah membuka pintu hatiku satu hari nanti..

Friday, 22 June 2012

Face the Book

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wo..o..o....ooo....


Memindai laman facebook mu..kadang buatku cemburu. baru saja engkau update ramai lelaki berkomen tak sedikit yang merayu.. 


bertemu di muka buku ku jatuh hati padamu. bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu..




lagu pasal facebook pun dah berlambak sekarang ni.. budak kecik umur 6 tahun pun dah ada facebook. aku kecik-kecik dulu main kejar-kejar je. budak-budak sekarang ni semua dah maju. 




laman web ni yang banyak buat orang ketagih sampai tak tidur malam.. yang dah jadikan facebook sebagai homepage pun ramai jugak kan :)

p/s: aku ketagih kopi jer.. XD

Thursday, 21 June 2012

BismillahhirRahmannirRahim

Oleh sebab aku ni suka sangat baca blog orang.. jadi terdetiklah di hati kecilku ini nak buat blog jugak.. bajet macam pandai menulis je aku ni.. ahakss.. ni blog aku kan? jadi..jadi..jadi... aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka kan??.. yahoooo..!! 
baiklah..benda yang paling aku suka dan tak boleh miss buat masa ni (sejak 9 tahun yang lepas) ialah.....






kopi! 


kopi yang sedap dapat mencetuskan idea yang bernas (bernas ler sangat. main fb je lebih) dan juga dapat mencelikkan biji mata aku tengah-tengah malam... 


P/s: wahai blog, kau telah ku lantik sebagai diari alam maya ku yang rasmi.. terimalah tugas ni dengan rela hati. 
\(n__n)/