Tuesday, 26 June 2012

Nisbah lelaki dan wanita..

Aku 'ter'baca satu status kat sebuah laman sosial.. bunyinya macam ni:


"saya nak kawen tapi takde org nak kan saya"



oh! dan yes! status ni dari seorang wanita.. status budak ni (aku panggil dia ni budak la sebab belum kawin kan.. walaupun..aku pun belum kawin jugak) buat aku pikir.. perlu ke kawin?


bilangan wanita kat atas bumi ni lagi ramai nak dibandingkan dengan lelaki.. jadi kiranya lelaki ni limited edition la kan.. dan secara logiknya, perempuan la yang patut berebutkan @ tekel lelaki. maklumlah lelaki kan sikit. tapi apa yang jadi sekarang ni terbalik la pulak.. lelaki yang beriya-iya nak rebutkan perempuan. siap bergaduh, bertumbuk, menyepak. putus kawan, gores-gores kereta dan macam-macam lagi la. perempuan pulak duduk je diam2 tunggu orang datang masuk meminang. ade ke patut macam tu?


lets imagine macam ni.. ANDAINYA semua lelaki kat atas bumi ni dah kawin dan dah ada pasangan masing-masing, mesti akan ada perempuan yang tak ada pasangan kan. hurm.. jadi elok kah kiranya aku memilih untuk menjadi wanita yang takde pasangan tu?? so, tak payah la aku nak bersusah payah cari lelaki kan.. ye kan? XD 


dan berbalik kepada status budak di atas, ko nak kawin kan? cari la jalan.. takkan nak tunggu dalam rumah sampai ada lelaki datang ketuk pintu rumah bawak tepak sirih masuk minang je kot.. usaha tu kena ada jugak beb. kalau sama-sama (lelaki dan perempuan) mencari baru la cepat jumpa.. sepakat kan membawa berkat. :)



ingat cakap Ustaz.. Jodoh dah ditetapkan sejak usia kita 4 bulan dalam perut ibu
jadi, jangan risau la yerr :)




p/s: sewaktu aku menulis ni, aku sikit pun xde perasaan nak kawin. maybe later :) 
semoga Allah membuka pintu hatiku satu hari nanti..

Friday, 22 June 2012

Face the Book

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.. kau hantar pesanan suruh aku terima kamu wo..o..o....ooo....


Memindai laman facebook mu..kadang buatku cemburu. baru saja engkau update ramai lelaki berkomen tak sedikit yang merayu.. 


bertemu di muka buku ku jatuh hati padamu. bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu..




lagu pasal facebook pun dah berlambak sekarang ni.. budak kecik umur 6 tahun pun dah ada facebook. aku kecik-kecik dulu main kejar-kejar je. budak-budak sekarang ni semua dah maju. 




laman web ni yang banyak buat orang ketagih sampai tak tidur malam.. yang dah jadikan facebook sebagai homepage pun ramai jugak kan :)

p/s: aku ketagih kopi jer.. XD

Thursday, 21 June 2012

BismillahhirRahmannirRahim

Oleh sebab aku ni suka sangat baca blog orang.. jadi terdetiklah di hati kecilku ini nak buat blog jugak.. bajet macam pandai menulis je aku ni.. ahakss.. ni blog aku kan? jadi..jadi..jadi... aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka kan??.. yahoooo..!! 
baiklah..benda yang paling aku suka dan tak boleh miss buat masa ni (sejak 9 tahun yang lepas) ialah.....






kopi! 


kopi yang sedap dapat mencetuskan idea yang bernas (bernas ler sangat. main fb je lebih) dan juga dapat mencelikkan biji mata aku tengah-tengah malam... 


P/s: wahai blog, kau telah ku lantik sebagai diari alam maya ku yang rasmi.. terimalah tugas ni dengan rela hati. 
\(n__n)/