Wednesday, 17 April 2013

api kemarahan

api lawannya air.
tapi kalau marah macam mana?
kemarahan lawannya kesabaran kan?

orang yang selalu marah-marah ni kenapa la ye?
tak cukup kasih sayang ke?
tak cukup kesabaran?
tak cukup kesabaran tu tak cukup keimanan ye la dak?

kalau selalu marah-marah dapat apa?
marah tu kalau kita kumpul, lepas tu masuk dalam dompet, boleh tukar jadi duit tak?
marah tu kalau kita ambil letak dalam pasu boleh tumbuh pokok tak?
marah tu kalau kita tabur kat atas sawah, boleh jadi padi tak?
kalau letak dalam reban, boleh jadi ayam tak?

semuanya tak boleh kan...
jadi kenapa nak marah-marah?
marah ni menambahkan sakit hati ada la..
orang yang di marah tu buat tak tahu je..
orang yang marah tu la yang tension bebagai. silap-silap overstress boleh la jumpa doktor tiap-tiap bulan.

hentikan lah marah-marah tak tentu pasal ni.. 
memang takde faedahnya pun..
kalau nak marah tu.. fikir dulu..
marah tu banyak mendatangkan kebaikan ke keburukan?
kalau mendatangkan banyak keburukan, tak payah la marah-marah.
kalau mendatangkan banyak kebaikan, silalah marah.

p/s : kalau rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang. istighfar banyak-banyak.

Monday, 11 March 2013

isnin

budak-budak sekolah suka hari isnin sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah dua hari tak jumpa.
bila dah jumpa tu, mula la bercerita macam nak runtuh satu sekolah. cikgu jugak la yang pening kepala dengan budak-budak ni.aku dulu pun macam tu la jugak.

tapi bila dah start kerja ni, hari isnin la hari yang paling aku tak suka. rasanya bukan aku je yang tak suka hari isnin. semua pekerja seluruh dunia pun sama (kot). 

MONDAY!!! Y U NOT FRIDAY??

kenapalah hari jumaat dekat sangat dengan hari isnin? dan kenapa hari isnin jauh sangat la dengan hari jumaat? why? why? why??

aku pernah terbaca status kat fesbuk.. bunyinya lebih kurang mcm ni.. "Diramalkan tarikan graviti pada esok hari akan lebih kuat berbanding waktu biasa pada jam 6 hingga 8 pagi" mula-mula aku konfius jugak, selama aku belajar sains, xde pulak cikgu aku cakap graviti kat bumi ni lain-lain. lepas tu baru la aku terpikir.. sebab hari isnin rupanya. masing-masing taknak bangun gi kerja. huhuu...

tapi, dalam banyak-banyak cuti, cuti hari isnin la yang paling best kan?? :P

kesian ISNIN.. ramai orang tak suka dia (aku la tu)

kesian hang senayan.. (orang utara panggil isnin = senayan)
gambar: ehsan encik google.


p/s: sumpah malas nak g keje esok. ~___~

Wednesday, 6 March 2013

150 JUTA

aku suka lagu ni..
aku suka bukan sebab ainan tasneem yang nyanyi
tapi sebab lirik lagu tu

"dia mungkin bengis seperti singa. tapi dia nangis tonton cerita korea''

ehemm...
ada perkataan KOREA tu...
aku mmg obses banyak sikit dengan korea ni.

selain dari kopi, aku sesangat sangatlah suka korea.
jadi angan-angan aku ialah nak minum kopi kat korea.
ahakss..

bestnye lah kalau barista tu ensem macam JaeJoong <3

nak kopi? come bebehh


p/s: jaejoong ahh.. why so hensem??

Friday, 1 March 2013

24 Jam

Allah bagi kita satu hari 24 jam..
masa kecik-kecik dulu aku rasa macam lamanya lah nak habiskan masa satu hari.
satu petang pun dah rasa macam lama gila. 

dulu-dulu (tahun 90an)
-mak kejut bangun tido.
-g sekolah.
-waktu rehat sempat lagi berlari-lari keliling sekolah.
-balik rumah
-mandi makan bersiap-siap
-kayuh basikal g sekolah petang pulak (agama)
-balik rumah
-g main kat rumah kawan.
-balik rumah mandi
-jalan kaki mengaji Al-Quran
-balik rumah
-buat kerja rumah
-tengok tv
-tido
-ulang semula


sekarang
-bangun tido
-g kerja
-balik kerja
-tido
-ulang semula

punya la sikit je yg boleh dibuat sekarang ni. adakah masa semakin pendek? atau aku yang pendek akal tak reti bahagi masa?

24 jam sekarang ni pun rasa macam tak cukup. sampai kadang-kadang terpikir.. kalaulah satu hari ada 30 jam.. kan best? pendeknya akal aku.




p/s: aku sendiri yang leka

Tuesday, 26 February 2013

Yasin...

alkisahh...
sekolah aku dulu sekolah yang mana semua pelajarnya duduk kat hostel. 
senang nak paksa study @ kelas tambahan..
konon-kononnya pelajar-pelajar kat situ semuanya terpilih dan bijak-bijak belaka. uwekkkkk (muntah hijau)
pelajar yang terpilih pun tak semuanya baik, menurut perintah dan lurus bendul sangat.

ada jugak yang terkecuali.
yang nakal-nakal la.
yang selalu kadang-kadang langgar peraturan.
yang selalu kadang-kadang tak ikut cakap.
yang selalu kadang-kadang ponteng kelas, sekolah @ prep.
yang selalu kadang-kadang bawak dvd player + dvd xxx & tengok ramai-ramai di dewan makan.
yang lain-lain lagi lah..
kalau kantoi, nasib lah.. kena denda. 
kalau selamat, tahniah la.. boleh buat lagi.

satu hari ni.. ada tiga orang pelajar tak masuk kelas sejarah. guru sejarah juga merangkap ketua warden.
beliau menggeledah aspura dan terjumpa lah tiga makhluk yang sedang nyenyak tidur (kononnya) di dalam kiub (bilik)

denda mandatori harus dilaksanakan.
akibat terkantoi dek perbuatan sendiri.

akhirnya denda pun ditetapkan oleh guru sejarah
ketiga-tiga pesalah perlu menghafal surah yasin.
dalam tempoh satu bulan.
seorang ustaz dipilih menjadi juri.

dalam tempoh sebulan itu. ketiga-tiga pelajar tersebut mula berubah sikap.
waktu rehat berulang-alik berjumpa ustaz.
waktu riadah masing-masing sibuk menghafal surah yasin.
tiada lagi yang berani ponteng kelas.
dek takutkan ada surah lain yang harus dihafal.

sumber gambar: google image

p/s: bukan aku

Sunday, 24 February 2013

Teenage

semua orang pernah lalui zaman. kan? yang berbezanya macam mana seseorang tu menghabiskan zaman remaja dia dulu. ada yang study je 24 jam. ada yang tak jemu-jemu dengan bersosial. dan yang paling ramai sekali habiskan masa dengan bercinta la kan.. orang cakap masa remaja ni masa 'mengawan'. masing-masing hormon tengah banyak. sibuk nak cari pasangan je.. couple sebulan- clash- esoknya dah ada pasangan baru. kan? kan?

tapi masa remaja dulu hormon mengawan aku tak banyak kot. hehe.. hormon memberontak yang banyak. aku masa sekolah dulu ada lah seorang pelajar yang jahat nakal. sikit-sikit je la.. 

tapi asyik-asyik muka aku je yang kena denda dengan warden. dah tu semuanya denda yang tak masuk dek akal. kalau budak-budak zaman sekarang kena denda macam tu, mmg sah la warden tu kena saman.

sumber: google image

p/s: lepas ni nak buat memory lane kenang kembali zaman kena denda dulu. :D

Monday, 21 January 2013

malu

orang cakap kalau kita malu-malu nak bercakap dengan seseorang,
orang tu mungkin jodoh kita.

ye..ke..?


aku malu-malu nak bercakap dengan aaron aziz ni. 

Sunday, 20 January 2013

hati

hati.
organ terbesar dalam badan manusia. 
hati juga selalu dikaitkan dengan perasaan.
kenapa?

bila orang putus cinta.
hati dikatakan sakit.
mungkin secara kebetulan bahagian dada yang terasa sakit.

hati.perasaan.hati.perasaan.hati.perasaan
aku ada hati.
dan aku juga ada perasaan.
tapi kadang-kadang aku terasa seperti dipermainkan oleh perasaan sendiri.
bolehkah hati mempermainkan perasaan sendiri.
ataupun perasaan yang mempermainkan hati sendiri.
dan akhirnya tuan punya hati dan perasaan yang dipermainkan.
entahlah..