Monday, 11 March 2013

isnin

budak-budak sekolah suka hari isnin sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah dua hari tak jumpa.
bila dah jumpa tu, mula la bercerita macam nak runtuh satu sekolah. cikgu jugak la yang pening kepala dengan budak-budak ni.aku dulu pun macam tu la jugak.

tapi bila dah start kerja ni, hari isnin la hari yang paling aku tak suka. rasanya bukan aku je yang tak suka hari isnin. semua pekerja seluruh dunia pun sama (kot). 

MONDAY!!! Y U NOT FRIDAY??

kenapalah hari jumaat dekat sangat dengan hari isnin? dan kenapa hari isnin jauh sangat la dengan hari jumaat? why? why? why??

aku pernah terbaca status kat fesbuk.. bunyinya lebih kurang mcm ni.. "Diramalkan tarikan graviti pada esok hari akan lebih kuat berbanding waktu biasa pada jam 6 hingga 8 pagi" mula-mula aku konfius jugak, selama aku belajar sains, xde pulak cikgu aku cakap graviti kat bumi ni lain-lain. lepas tu baru la aku terpikir.. sebab hari isnin rupanya. masing-masing taknak bangun gi kerja. huhuu...

tapi, dalam banyak-banyak cuti, cuti hari isnin la yang paling best kan?? :P

kesian ISNIN.. ramai orang tak suka dia (aku la tu)

kesian hang senayan.. (orang utara panggil isnin = senayan)
gambar: ehsan encik google.


p/s: sumpah malas nak g keje esok. ~___~

Wednesday, 6 March 2013

150 JUTA

aku suka lagu ni..
aku suka bukan sebab ainan tasneem yang nyanyi
tapi sebab lirik lagu tu

"dia mungkin bengis seperti singa. tapi dia nangis tonton cerita korea''

ehemm...
ada perkataan KOREA tu...
aku mmg obses banyak sikit dengan korea ni.

selain dari kopi, aku sesangat sangatlah suka korea.
jadi angan-angan aku ialah nak minum kopi kat korea.
ahakss..

bestnye lah kalau barista tu ensem macam JaeJoong <3

nak kopi? come bebehh


p/s: jaejoong ahh.. why so hensem??

Friday, 1 March 2013

24 Jam

Allah bagi kita satu hari 24 jam..
masa kecik-kecik dulu aku rasa macam lamanya lah nak habiskan masa satu hari.
satu petang pun dah rasa macam lama gila. 

dulu-dulu (tahun 90an)
-mak kejut bangun tido.
-g sekolah.
-waktu rehat sempat lagi berlari-lari keliling sekolah.
-balik rumah
-mandi makan bersiap-siap
-kayuh basikal g sekolah petang pulak (agama)
-balik rumah
-g main kat rumah kawan.
-balik rumah mandi
-jalan kaki mengaji Al-Quran
-balik rumah
-buat kerja rumah
-tengok tv
-tido
-ulang semula


sekarang
-bangun tido
-g kerja
-balik kerja
-tido
-ulang semula

punya la sikit je yg boleh dibuat sekarang ni. adakah masa semakin pendek? atau aku yang pendek akal tak reti bahagi masa?

24 jam sekarang ni pun rasa macam tak cukup. sampai kadang-kadang terpikir.. kalaulah satu hari ada 30 jam.. kan best? pendeknya akal aku.




p/s: aku sendiri yang leka