Monday, 21 April 2014

Let it go

Cerita FROZEN ni dah lama. Aku je yang lambat tengok. Mulanya malas nak tengok, tapi lepas tengok gambar ni terus tergedik-gedik nak tengok.



Aigoo Kai Elsa. Terserlah kegadisan mu disitu.


Best rupanya cerita FROZEN ni. Patut la ramai retis kpop pakat nyanyi lagu Let it go tu.

Lepas tengok cerita tu, semalaman aku mengadap youtube layan Let it go. Baru aku tau lagu ni ada dalam banyak bahasa. Versi melayu Marsha Milan Londoh yang nyanyi.



Satu lagu. 25 bahasa kau. Aku paling suka versi jepun. 
Ari no mama no~~

Lawa gila Elsa lepas dia lepaskan rambut tu. Kalau rambut aku panjang, mau jugak aku buat style macam tu. *mode berangan*


gorgeous nya kamu Elsa.

  
Marilah kita menyanyi lagu Let it go bersama-sama. 


"Let It Go"

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation,
And it looks like I’m the queen.

The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn’t keep it in, heaven knows I tried

Don’t let them in, don’t let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don’t feel, don’t let them know
Well, now they know

Let it go, let it go
Can’t hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door

I don’t care
What they’re going to say
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway

It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all

It’s time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me
I’m free

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You’ll never see me cry

Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I’m never going back,
The past is in the past

Let it go, let it go
And I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone

Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway



Last but not least... 


elSehun ~


p/s: Sehun..sehun..

Friday, 11 April 2014

overdose

overdose ni maksudnya terlebih dose atau terlebih sukatan. atau apa-apa je lah.

melebih-lebih tengok drama korea pun dikira overdose jugak.

contohnya aku dah tulis terang-terang kat white board dalam bilik nak tengok video korea 2 jam je sehari. tapi tak pernah pun aku ikut. kadang-kadang sampai 6 jam sehari. kalau hari cuti lagi parah. hampir 24 jam mengadap benda alah ni. tapi sejujurnya tak pernah pun aku terasa overdose ke apa. rasa melampau je.

kalau bab minum kopi memang selalu aku overdose. kalau bancuh kopi, aku suka guna cawan yang paling besar yang aku ada. kadang-kadang guna jug. dan aku akan minum jugak kopi tu sampai habis walaupun perut dah penuh. kadang-kadang sampai rasa nak muntah minum banyak. sebab kopi itu terlalu sedap untuk dibuang. bukan nak masuk bakul angkat sendiri. kopi kat mana-mana pun sedap. sedangkan kopi yang tak sedap pun aku boleh habiskan. inikan pula kopi yang sedap. tak gitu. kalau aku minum kopi tu tak abis, maksudnya memang kopi tu gila punya tak sedap lah.

sekarang ni perkataan overdose ni macam dah jadi hak milik EXO. Ala.. group Kpop anak aku tu. Dorang tu baru je keluarkan teaser (plus dance practice leaked version video) ramai yang dah memang terhuyung hayang overdose dengan EXO. termasuklah aku. Seharian aku menatap leaked video yang penuh dengan watermark tu. kalau dah keluar official MV nanti tak tahu la macam mana gamaknya. pakat-pakat masuk hospital kot. Tsk!

choreography kali ni memang melampau. melampau tahap #$^^$@!#%%^




melampau gila. kyungsoo yang paling kecik baring kat bawah. kalau anak aku tu mandul, aku saman SM. grrrr



terserlah kecomelan beliau disitu.






teaser 37 saat yang buatkan aku tak sabar-sabar nak tunggu 15 April.


chinese version. ok la tao yang kaki panjang tu kat bawah.


ok tamat cerita overdose. jangan sampai overDOSA sudah..





p/s: rasanya dah dekat 100 kali aku ulang tengok teaser ni. nampak sangat aku takde keje. ~__~

Monday, 7 April 2014

kisah aku, kucing, dan tebuan.

Kucing adalah sejenis mamalia yang sangat di sayangi oleh manusia. Ramai dikalangan kita memilih kucing sebagai haiwan peliharaan. Jarang sekali orang memilih singa atau landak untuk dijadikan teman di rumah.

Cewah mukadimah. Kemain. Aku nak cerita pasal kucing je pun.

Dulu masa kecik-kecik aku ada jugak bela kucing. Kucing kesayangan sampai pergi mana-mana pun bawa jugak kucing tu. Kadang-kadang masa musim buah durian, aku ikut ayah dengan mak tidur kat dusun walaupun aku memang anti durian. 

Ada dua sebab aku tak suka durian. Satu sebab dia berduri. Duri dia tu macam tunggu masa je nak cucuk tangan aku. Kedua sebab bau dia tu. Mak aii..memang aku menangis kalau terbau durian. Tapi masa kecik-kecik aku boleh tahan lagi bau dia. Bila dah makin besar ni, makin teruk pulak penapis kat hidung aku ni. 

Berbalik kepada cerita kucing tadi. Kalau pergi tidur kat dusun, mesti aku bawak sekali kucing aku tu. Apa ntah nama dia. Comel kot. Kalau tak silap masa tu umur aku tujuh tahun. ke enam tahun ntah. Tak ingat. 

Kucing aku tu panjat pokok kat dusun tu. Kecik lagi kucing tu. Aku pun panjat la pokok tu nak selamatkan kucing kesayangan aku tu. Dah masa tu aku sayang kat dia, aku takut dia jatuh pokok. Nak dijadikan cerita, atas pokok tu ada sarang tebuan. Maka berpusu-pusu la tebuan menyengat kepala aku. Kucing yang aku dah dapat tangkap tu aku campak macam tu je. Sakit gila kot kena sengat tebuan. Tiga ekor sekali kena sengat. 

Oleh sebab aku nangis tak henti-henti makanya ayah dengan mak aku pun bawak la aku balik rumah. Tak jadi tidur kat dusun. Kucing kesayangan aku tu aku tinggal je dekat dusun. Tak tau la apa jadi dengan dia. Terus hilang sayang. Sebab dia aku kena sengat. huhu..

Jadi sejak hari tu aku dah tak suka kucing. Bukan benci tapi tak suka. Sebab dia mengingatkan aku peristiwa pahit dan sakit itu. Sampai lah sekarang. Dah lama aku tak belai-belai kucing macam orang lain. 

Aku tak suka kucing bukan la sampai tahap jumpa je nak sepak binatang tu. Tak.. aku cuma tak suka main dengan dia dah. Perasaan sayang hilang begitu sahaja. cewahh..

Aku tak la kejam macam cikgu yang racun berpuluh-puluh ekor kucing tu. Tu jahat sangat namanya. Kalau jumpa cikgu tu, aku nak sumbat racun dalam mulut dia. 

Masa cuti seminggu hari tu, aku balik kampung. Balik semula sini tengok belakang rumah aku penuh dengan taik kucing. Cuci je lah kan. Manusia pun berak. Ni pulak kucing. Takde la pulak sampai rasa nak pijak-pijak kucing yang berak tu. Kucing kan comel. Aku je yang tak suka dia.




Ini Jiji. Kucing kesayangan Jaejoong. Wallet LV jadi bantal. Untung la dapat tuan hensem dan kaya.



Siap boleh main sorok-sorok dalam beg LV. Jiji ni baka Russian Blue. Satu-satunya baka yang aku tau selain dari baka siam



Nasib la dapat tuan pelik. Kan dah kena pakai macam-macam. Ehem..tengok gambar siapa kat belakang tu XD



Mainan Jiji. Ni baru separuh. Macam la kucing tu pandai main. Ayat tak puas hati.



Jiji bersama tuannya yang hensem melampau-lampau. Pertama kali aku jeles dengan kucing.



Kesian tangan Jaejoong kena cakar dengan Jiji. Sebab ni la aku tak suka kucing. ~__~
Tapi salah Jaejoong jugak. Dia kena cakar sebab paksa Jiji berlari atas treadmill. Katanya Jiji dah gemuk. Ada ka patut? Iskiskk..



Selepas kejadian berdarah tu, Jiji dipakaikan dengan sarung kuku. Purple gitu. 




p/s: dua tiga tahun lepas ada jugak aku suka kucing. sebab kucing tu sama dengan Jiji. Tapi kucing tu tak mau kat aku. Mungkin dia tau aku suka dia ada sebab. haha. Semua gambar di ambil dari Twitter jaejoong yang lama. Aku letak gambar Jiji sebab aku takde kucing. Kucing Jaejoong pun dikira kucing aku jugak la kan? :p

Tuesday, 1 April 2014

kopi vs milo

Dulu kecik-kecik aku suka minum milo. Sebab dalam iklan milo selalu sebut "minum milo anda jadi sihat dan kuat!" (sila baca sambil menyanyi).

Selain milo, aku juga minum vico dan sebagainya. Asalkan warnanya sama dengan milo. 

Masa kat asrama, macam dah jadi kebiasaan untuk depa sediakan air milo untuk diminum semasa sarapan, minum pagi, minum petang dan minum malam. Kiranya setiap hari mesti ada air milo punya lah.

Oleh sebab masa tu aku suka minum milo, maka berlari-larilah aku untuk mengambil air milo itu.

Lepas ambil, aku pun minum la kan. Nak dijadikan ceritanya, tak sampai lima minit lepas aku minum milo tu, terus perut aku memulas-mulas. Sakit sampai nak berjalan pun tak boleh. 

Mula-mula aku ingat perut aku tu saja-saja nak sakit. Tapi lepas tu tiap kali aku minum milo, mesti aku sakit perut. Jadinya aku terpaksalah stop minum milo.

Bila dah tak minum milo, aku pun mula la minum nescafe pulak. Aku minum nescafe start form 1 sampai form 5. Masuk matrik aku jatuh hati kat KOPI pulak sebab kopi lagi sedap dari nescafe. 

Jadi sampai sekaranglah aku setia dengan kopi. Ramai yang kata kalau minum kopi banyak-banyak boleh sakit kepala. Tapi setakat ni Alhamdulillah kepala aku ok lagi. 

Dan aku nak berterima kasih juga kepada kopi kerana sejujurnya kopi ni membuatkan aku tak membazirkan banyak masa ketika nak order makanan kat kedai. Bila orang datang ambik order je, selaju jet aku menyebut 'kopi ais'



Sekian tamat lah cerita pendek aku tentang milo, nescafe dan kopi.


kepada kopi, i love you <3

saranghae *buing*


tengok kaler dia tu, menggoda betul. 
dikaulah peneman setiaku dikala aku mengadap drama korea.





p/s: rasanya aku sebut nama Jaejoong lagi banyak dari aku sebut nama kopi. Ternyata Jaejoong lebih hensem dari kopi.