Selain milo, aku juga minum vico dan sebagainya. Asalkan warnanya sama dengan milo.
Masa kat asrama, macam dah jadi kebiasaan untuk depa sediakan air milo untuk diminum semasa sarapan, minum pagi, minum petang dan minum malam. Kiranya setiap hari mesti ada air milo punya lah.
Oleh sebab masa tu aku suka minum milo, maka berlari-larilah aku untuk mengambil air milo itu.
Lepas ambil, aku pun minum la kan. Nak dijadikan ceritanya, tak sampai lima minit lepas aku minum milo tu, terus perut aku memulas-mulas. Sakit sampai nak berjalan pun tak boleh.
Mula-mula aku ingat perut aku tu saja-saja nak sakit. Tapi lepas tu tiap kali aku minum milo, mesti aku sakit perut. Jadinya aku terpaksalah stop minum milo.
Bila dah tak minum milo, aku pun mula la minum nescafe pulak. Aku minum nescafe start form 1 sampai form 5. Masuk matrik aku jatuh hati kat KOPI pulak sebab kopi lagi sedap dari nescafe.
Jadi sampai sekaranglah aku setia dengan kopi. Ramai yang kata kalau minum kopi banyak-banyak boleh sakit kepala. Tapi setakat ni Alhamdulillah kepala aku ok lagi.
Dan aku nak berterima kasih juga kepada kopi kerana sejujurnya kopi ni membuatkan aku tak membazirkan banyak masa ketika nak order makanan kat kedai. Bila orang datang ambik order je, selaju jet aku menyebut 'kopi ais'
Sekian tamat lah cerita pendek aku tentang milo, nescafe dan kopi.
kepada kopi, i love you <3
saranghae *buing*
tengok kaler dia tu, menggoda betul.
dikaulah peneman setiaku dikala aku mengadap drama korea.
p/s: rasanya aku sebut nama Jaejoong lagi banyak dari aku sebut nama kopi. Ternyata Jaejoong lebih hensem dari kopi.
No comments:
Post a Comment