Cewah mukadimah. Kemain. Aku nak cerita pasal kucing je pun.
Dulu masa kecik-kecik aku ada jugak bela kucing. Kucing kesayangan sampai pergi mana-mana pun bawa jugak kucing tu. Kadang-kadang masa musim buah durian, aku ikut ayah dengan mak tidur kat dusun walaupun aku memang anti durian.
Ada dua sebab aku tak suka durian. Satu sebab dia berduri. Duri dia tu macam tunggu masa je nak cucuk tangan aku. Kedua sebab bau dia tu. Mak aii..memang aku menangis kalau terbau durian. Tapi masa kecik-kecik aku boleh tahan lagi bau dia. Bila dah makin besar ni, makin teruk pulak penapis kat hidung aku ni.
Berbalik kepada cerita kucing tadi. Kalau pergi tidur kat dusun, mesti aku bawak sekali kucing aku tu. Apa ntah nama dia. Comel kot. Kalau tak silap masa tu umur aku tujuh tahun. ke enam tahun ntah. Tak ingat.
Kucing aku tu panjat pokok kat dusun tu. Kecik lagi kucing tu. Aku pun panjat la pokok tu nak selamatkan kucing kesayangan aku tu. Dah masa tu aku sayang kat dia, aku takut dia jatuh pokok. Nak dijadikan cerita, atas pokok tu ada sarang tebuan. Maka berpusu-pusu la tebuan menyengat kepala aku. Kucing yang aku dah dapat tangkap tu aku campak macam tu je. Sakit gila kot kena sengat tebuan. Tiga ekor sekali kena sengat.
Oleh sebab aku nangis tak henti-henti makanya ayah dengan mak aku pun bawak la aku balik rumah. Tak jadi tidur kat dusun. Kucing kesayangan aku tu aku tinggal je dekat dusun. Tak tau la apa jadi dengan dia. Terus hilang sayang. Sebab dia aku kena sengat. huhu..
Jadi sejak hari tu aku dah tak suka kucing. Bukan benci tapi tak suka. Sebab dia mengingatkan aku peristiwa pahit dan sakit itu. Sampai lah sekarang. Dah lama aku tak belai-belai kucing macam orang lain.
Aku tak suka kucing bukan la sampai tahap jumpa je nak sepak binatang tu. Tak.. aku cuma tak suka main dengan dia dah. Perasaan sayang hilang begitu sahaja. cewahh..
Aku tak la kejam macam cikgu yang racun berpuluh-puluh ekor kucing tu. Tu jahat sangat namanya. Kalau jumpa cikgu tu, aku nak sumbat racun dalam mulut dia.
Masa cuti seminggu hari tu, aku balik kampung. Balik semula sini tengok belakang rumah aku penuh dengan taik kucing. Cuci je lah kan. Manusia pun berak. Ni pulak kucing. Takde la pulak sampai rasa nak pijak-pijak kucing yang berak tu. Kucing kan comel. Aku je yang tak suka dia.
Ini Jiji. Kucing kesayangan Jaejoong. Wallet LV jadi bantal. Untung la dapat tuan hensem dan kaya.
Siap boleh main sorok-sorok dalam beg LV. Jiji ni baka Russian Blue. Satu-satunya baka yang aku tau selain dari baka siam
Nasib la dapat tuan pelik. Kan dah kena pakai macam-macam. Ehem..tengok gambar siapa kat belakang tu XD
Mainan Jiji. Ni baru separuh. Macam la kucing tu pandai main. Ayat tak puas hati.
Jiji bersama tuannya yang hensem melampau-lampau. Pertama kali aku jeles dengan kucing.
Kesian tangan Jaejoong kena cakar dengan Jiji. Sebab ni la aku tak suka kucing. ~__~
Tapi salah Jaejoong jugak. Dia kena cakar sebab paksa Jiji berlari atas treadmill. Katanya Jiji dah gemuk. Ada ka patut? Iskiskk..
Selepas kejadian berdarah tu, Jiji dipakaikan dengan sarung kuku. Purple gitu.
No comments:
Post a Comment